Hari Asyura dah lepas, tapi saya hanya nak rekod peristiwa yang berlaku pada hari asyura. Yang ni copy from internet je. Artikel ni selalunya datang sekali ngn amalan dan fadilat dia..tapi saya rasa fadilat tu macam bidaah je. Macam ada satu amalan ni, suruh baca satu ayat, fadilatnya tidak akan mati pada tahun ini. hurm, patutnye kite taktahu pun bila kite akan mati. Kenape bleh ada fadilat camtu kan? Tapi takpe, hanya nak rekod peristiwa je. Saya dah lupe byk, haritu puasa dua hari, saya pegi tanya abang saya ape yang byk sgt terjadi pada hari ni? Baru teringat nak buat kajian hari ni..
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan ‘Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.
Wednesday, December 14, 2011
Wednesday, September 1, 2010
Bersyukurlah & Muhasabah Diri
Sesungguhnya pada ketika ini saya berasakan bahawa saya sudah lama tidak bermuhasabah diri. Saya rasa saya semakin menjauhi daripada perkara yang sepatutnya : mendekati-Nya. Janganlah harap di bulan Ramadhan sahaja. Ibadah selama ini pun dilakukan sekadar cukup2 sahaja, tu pun kadang2 ada juga terlompong sedikit. Sesungguhnya juga, saya sudah lama tidak membaca ayat-ayat Allah even di bulan Ramadhan ini kerana terlalu sibuk dengan kerja. Sekadar mendengar bacaan ketika terawikh sahaja, itu pun kadang2 fikiran melayang teringatkan kerja, atau apa2 sahajalah perkara lain. Haish, tak kusyuk! Saya selalu bercita-cita sahaja untuk membaca Al-Quran tetapi hakikatnya itu hanya sekadar niat yang tidak ditunaikan. Bila nak berubah nih? Sebenarnya jika ada kemahuan sepatutnya boleh dicari jalan. Korbankan lah waktu tidur ke, atau apa2 sahajalah. Boleh saja. Tapi, tah laaahhh.
Semalam saya bercakap dengan Ayah, sebenarnya perkara ini berada di dalam benak fikiran saya untuk beberapa ketika sudah. Pernahkah kita terfikir jika kita hidup di zaman awal kedatangan Islam, adakah kita akan tergolong dalam golongan yang akan menerima agama Islam itu, atau adekah kita akan menjadi penentang yang tegar? Masa Rasulullah nak preach kita dengan ayat-ayat Allah, adekah saya akan tergolong dalam orang2 yang akan mempercayainya? Ok, mungkin kalau golongan yang ahli kitab pada ketika itu mungkin dah tau akan kedatangan nabi terakhir, so mungkin mereka boleh mempercayainya. Tapi, bayangkan kalu saya hidup dari golongan arab jahiliyah dulu tu, yang sembah berhala semua, macam mana agaknya. Rugilah kalau saya menjadi penentang. Yang menjadi orang yang menutup telinga ketika Rasulullah berdakwah. Yalah, mereka semua sudah biasa dengan kehidupan begitu, tapi tiba2 datang seorang dari golongan mereka yang cuba mengubah cara hidup mereka secara total, tidakkan itu menimbulkan kemarahan? Bayangkan kalau kitalah 'mereka'. Apakah penerimaan kita ya? Adakah kita akan jadi seperti Umar Al Khattab yang pada mulanya menentang habis2an tapi tiba2 hatinya terus menjadi lembut setelah mendengar kalimah Allah?
Ya Allah, bersyukurlah aku dilahirkan sebagai Muslim. Ok, takpayah cakap pasal zaman Rasulullah sahaja, zaman ini pun, kalau saya tidak dilahirkan sebagai seorang Islam, adakah akan terbuka hati saya untuk menerima Islam? Sedangkan yang dilahirkan Islam pun sudah ramai yang terpesong, adakah hidayah akan diberikan kepada saya?
Tapi, seIslam saya pun, banyak lagi yang kurang dalam diri saya. Saya tahu saya masih lagi tidak menutup aurat dengan sempurna, ibadah saya masih kurang, dan banyak lagi lah yang kurang dan tidak sempurna. Baca Al-Quran pun jarang sekali, and kalau baca tapi tak faham maksud pun takde maknanya. Bila kah masanya saya akan berubah?
Haish, buku agama pun dah lama tak baca. Sejarah rasul dan agama pun banyak dah lupa. Teringat balik zaman sekolah rendah agama, pernah belajar kot semua benda ni, mastered semua jugak. Tapi sekarang? Sibuk sangat ke nak rewind balik?
Labels:
Ibadah
Subscribe to:
Posts (Atom)