Sesungguhnya pada ketika ini saya berasakan bahawa saya sudah lama tidak bermuhasabah diri. Saya rasa saya semakin menjauhi daripada perkara yang sepatutnya : mendekati-Nya. Janganlah harap di bulan Ramadhan sahaja. Ibadah selama ini pun dilakukan sekadar cukup2 sahaja, tu pun kadang2 ada juga terlompong sedikit. Sesungguhnya juga, saya sudah lama tidak membaca ayat-ayat Allah even di bulan Ramadhan ini kerana terlalu sibuk dengan kerja. Sekadar mendengar bacaan ketika terawikh sahaja, itu pun kadang2 fikiran melayang teringatkan kerja, atau apa2 sahajalah perkara lain. Haish, tak kusyuk! Saya selalu bercita-cita sahaja untuk membaca Al-Quran tetapi hakikatnya itu hanya sekadar niat yang tidak ditunaikan. Bila nak berubah nih? Sebenarnya jika ada kemahuan sepatutnya boleh dicari jalan. Korbankan lah waktu tidur ke, atau apa2 sahajalah. Boleh saja. Tapi, tah laaahhh.
Semalam saya bercakap dengan Ayah, sebenarnya perkara ini berada di dalam benak fikiran saya untuk beberapa ketika sudah. Pernahkah kita terfikir jika kita hidup di zaman awal kedatangan Islam, adakah kita akan tergolong dalam golongan yang akan menerima agama Islam itu, atau adekah kita akan menjadi penentang yang tegar? Masa Rasulullah nak preach kita dengan ayat-ayat Allah, adekah saya akan tergolong dalam orang2 yang akan mempercayainya? Ok, mungkin kalau golongan yang ahli kitab pada ketika itu mungkin dah tau akan kedatangan nabi terakhir, so mungkin mereka boleh mempercayainya. Tapi, bayangkan kalu saya hidup dari golongan arab jahiliyah dulu tu, yang sembah berhala semua, macam mana agaknya. Rugilah kalau saya menjadi penentang. Yang menjadi orang yang menutup telinga ketika Rasulullah berdakwah. Yalah, mereka semua sudah biasa dengan kehidupan begitu, tapi tiba2 datang seorang dari golongan mereka yang cuba mengubah cara hidup mereka secara total, tidakkan itu menimbulkan kemarahan? Bayangkan kalau kitalah 'mereka'. Apakah penerimaan kita ya? Adakah kita akan jadi seperti Umar Al Khattab yang pada mulanya menentang habis2an tapi tiba2 hatinya terus menjadi lembut setelah mendengar kalimah Allah?
Ya Allah, bersyukurlah aku dilahirkan sebagai Muslim. Ok, takpayah cakap pasal zaman Rasulullah sahaja, zaman ini pun, kalau saya tidak dilahirkan sebagai seorang Islam, adakah akan terbuka hati saya untuk menerima Islam? Sedangkan yang dilahirkan Islam pun sudah ramai yang terpesong, adakah hidayah akan diberikan kepada saya?
Tapi, seIslam saya pun, banyak lagi yang kurang dalam diri saya. Saya tahu saya masih lagi tidak menutup aurat dengan sempurna, ibadah saya masih kurang, dan banyak lagi lah yang kurang dan tidak sempurna. Baca Al-Quran pun jarang sekali, and kalau baca tapi tak faham maksud pun takde maknanya. Bila kah masanya saya akan berubah?
Haish, buku agama pun dah lama tak baca. Sejarah rasul dan agama pun banyak dah lupa. Teringat balik zaman sekolah rendah agama, pernah belajar kot semua benda ni, mastered semua jugak. Tapi sekarang? Sibuk sangat ke nak rewind balik?